Pembahagian Sel
6.2 - Kitar Sel dan Mitosis
Kitar Sel
- Kitar sel ialah turutan kejadian yang melibatkan penggandaan DNA serta pembahagian sel untuk menghasilkan dua sel anak.
- Kitar sel terdiri daripada interfasa dan fasa M.
Interfasa
Fasa yang paling panjang dalam kitar sel.
Terdiri daripada fasa , , dan .
Fasa :
- Sel membesar.
- Komponen sel seperti mitokondrion dan jalinan endoplasma dihasilkan.
- Protein untuk kegunaan kitar sel disintesis.
- Nukleus kelihatan besar; kromosom berada dalam bentuk kromatin.
Fasa :
- DNA di dalam nukleus menjalani replikasi.
- Setiap kromosom mengganda menjadi dua kromatid kembar yang seiras.
- Kedua-dua kromatid kembar mengandungi salinan molekul DNA yang sama dan berpaut pada sentromer.
Fasa :
- Sel terus membesar dan kekal aktif secara metabolik.
- Sel mengumpul tenaga dan membuat persiapan terakhir untuk pembahagian sel.
Fasa M
- Terdiri daripada mitosis dan sitokinesis.
- Mitosis melibatkan profasa, metafasa, anafasa, dan telofasa.
Peringkat Mitosis
- Mitosis: Pembahagian nukleus sel induk menjadi dua nukleus; setiap nukleus mempunyai bilangan kromosom dan kandungan genetik yang sama dengan nukleus sel induk.
Profasa
- Kromatin memendek dan menebal untuk membentuk kromosom yang dapat dilihat dengan mikroskop cahaya.
- Setiap kromosom terdiri daripada dua kromatid kembar seiras yang terikat di sentromer.
- Membran nukleus terurai dan nukleolus menghilang.
- Sentriol bergerak ke kutub bertentangan; gentian gelendong mula terbentuk.
Metafasa
- Sentriol berada di kutub sel yang bertentangan.
- Gentian gelendong menyusun kromosom dalam satu barisan di satah khatulistiwa.
- Metafasa berakhir apabila sentromer mula membahagi.
Anafasa
- Sentromer membahagi; kromatid kembar berpisah.
- Gentian gelendong memendek dan mengecut, lalu menarik kromatid kembar ke kutub bertentangan.
- Anafasa berakhir apabila kromatid sampai di kutub sel.
Telofasa
- Di kutub bertentangan, kromatid dikenali sebagai kromosom anak.
- Setiap kutub mempunyai satu set kromosom yang lengkap dan seiras.
- Kromosom menjadi bebenang halus kromatin semula.
- Nukleolus terbentuk semula; gentian gelendong menghilang; membran nukleus baharu terbentuk.
- Telofasa diikuti oleh sitokinesis.
Sitokinesis
- Pembahagian sitoplasma selepas nukleus terbentuk pada akhir telofasa.
- Sel tumbuhan tidak mempunyai sentriol tetapi masih dapat membentuk gentian gelendong semasa mitosis.
Sitokinesis dalam Sel Haiwan
- Membran plasma mencerut di bahagian tengah sel antara dua nukleus.
- Mikrofilamen di tempat pencerutan mengecut dan membentuk belahan pencerutan.
- Sel mencerut sehingga terputus menjadi dua sel anak.
Sitokinesis dalam Sel Tumbuhan
- Vesikel bercantum di bahagian tengah sel untuk membentuk plat sel.
- Membran plasma baharu mengelilingi plat sel; bahan dinding sel baharu terbentuk di antara plat sel.
- Plat sel berkembang ke arah luar dan bercantum dengan membran plasma.
- Gentian selulosa menguatkan dinding sel baharu.
- Dua sel anak diploid terbentuk.
Keperluan Mitosis
- Perkembangan embrio dan pertumbuhan organisma: Memastikan pertambahan sel yang pesat.
- Penyembuhan: Menghasilkan sel baharu untuk menggantikan sel yang mati atau rosak.
- Penjanaan semula: Menghasilkan ekor baharu apabila ekor cicak terputus.
- Pembiakan aseks: Menghasilkan individu baharu, seperti pembentukan tunas dalam hidra.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice