WeAcademia

Pembiakan Seks, Perkembangan dan Pertumbuhan dalam Manusia dan Haiwan

15.1 - Sistem Pembiakan Manusia

Sistem Pembiakan Lelaki

Rajah berlabel sistem pembiakan lelaki manusia
Sistem pembiakan lelaki

Struktur dan Fungsi Organ Pembiakan Lelaki

  • Vesikel semen: Merembes bendalir bernutrien untuk sperma.
  • Duktus sperma (vas deferens): Menyalurkan sperma.
  • Kelenjar prostat: Merembes bendalir yang membantu pergerakan sperma.
  • Skrotum: Memegang dan melindungi testis.
  • Testis: Terdapat dalam pundi skrotum; menghasilkan sperma dan testosteron.
  • Zakar: Organ seks lelaki yang kaya dengan tisu lembut dan salur darah; memancutkan sperma ke dalam faraj semasa persetubuhan.
  • Uretra: Mengeluarkan sperma dan air kencing daripada badan.

Sistem Pembiakan Perempuan

Rajah berlabel sistem pembiakan perempuan manusia
Sistem pembiakan perempuan

Struktur dan Fungsi Organ Pembiakan Perempuan

  • Uterus: Berdinding tebal serta berotot; dinding dalam dilapisi tisu endometrium yang bermukus dan kaya dengan salur darah. Embrio menempel pada endometrium yang membekalkan nutrien dan oksigen.
  • Tiub Falopio: Saluran berotot nipis yang dilapisi silium; tindakan silium dan peristalsis menggerakkan oosit sekunder atau embrio ke uterus.
  • Ovari: Menghasilkan ovum, estrogen dan progesteron.
  • Faraj: Saluran masuk sperma serta laluan keluar haid dan kelahiran anak.
  • Serviks: Bukaan sempit uterus; merembeskan mukus untuk membantu sperma berenang ke arah tiub Falopio.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!