Keimunan Manusia
11.4 - Isu Kesihatan Berkaitan Keimunan Manusia
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)
Punca dan Mekanisme
- Virus kurang daya tahan manusia (HIV) menyerang sistem keimunan manusia dan menyebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) (AIDS).
- HIV membiak di dalam limfosit dan memusnahkannya secara progresif.
- Individu yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan simptom untuk beberapa tahun pertama semasa HIV menyerang sistem keimunan.
- Cirit-birit kronik dan jangkitan kulat mungkin muncul selepas 8 hingga 10 tahun.
- Sistem keimunan yang lemah mudah dijangkiti penyakit; akhirnya sistem keimunan menjadi lumpuh dan pesakit boleh mati akibat jangkitan lain.
Cara Penyebaran HIV
- Pemindahan bendalir badan seperti darah dan air mani.
- Merentasi plasenta.
- Daripada ibu yang dijangkiti semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.
- Hubungan seks tanpa perlindungan dengan individu yang dijangkiti.
- Berkongsi jarum tercemar yang digunakan untuk menyuntik dadah atau dakwat tatu.
- Transfusi darah yang dijangkiti HIV.
Keadaan Lain Berkaitan Keimunan
- Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
- Alahan.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice