Zaman Air Batu
2.2 - Zaman Air Batu
Maksud dan proses
- Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun hingga tahap membeku dalam jangka masa yang lama.
- Zaman ini memberikan kesan penting kepada pembentukan fizikal bumi pada hari ini.
- Sebahagian besar bumi, khususnya Kutub Utara dan Kutub Selatan, diliputi air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais.
- Lapisan ais meluaskan kawasan air batu di kutub dan pergunungan.
- Salji menjadi mampat lalu membentuk air batu; proses ini mengambil masa jutaan tahun.
- Pada akhir Zaman Air Batu, berlaku pengglasieran, iaitu kecairan air batu.
- Sekurang-kurangnya tiga tahap glasier:
- 900 hingga 600 juta tahun dahulu;
- 250 hingga 80,000 juta tahun;
- 10,000 juta tahun.
- Perubahan iklim dunia kepada suhu panas menamatkan Zaman Air Batu.
Empat tahap Zaman Air Batu
Zaman Miosen
- Tempoh: 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu.
- Gunung-ganang yang ada pada hari ini terbentuk secara fizikal.
- Mamalia, hidupan laut dan hidupan air telah wujud serta berkembang.
- Suhu dunia panas dan kering.
Zaman Pliosen
- Tempoh: 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu.
- Berlaku penyejukan global selepas Zaman Miosen yang lebih panas.
- Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global menyebabkan padang rumput dan savana tersebar luas.
- Jambatan darat Panama antara Amerika Utara dengan Amerika Selatan terbentuk.
- Jambatan darat mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu.
- Dataran tinggi terbentuk, termasuk Grand Canyon di Colorado, Amerika Syarikat.
Zaman Pleistosen
- Tempoh: 2.5 juta hingga 10,000 tahun dahulu.
- Glasier utama berlaku sebanyak 11 kali.
- Manusia mengetahui cara membuat api.
- Kebanyakan binatang yang wujud ketika itu masih kekal hingga kini.
- Manusia dipercayai sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara, iaitu Pentas Sunda, sekitar 50,000 tahun dahulu.
Zaman Holosen
- Tempoh: 10,000 tahun dahulu hingga kini.
- Kehidupan manusia semakin maju.
- Manusia mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian.
- Roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5,500 tahun dahulu.
- Tamadun manusia berkembang dalam bidang:
- keagamaan;
- pendidikan;
- pentadbiran;
- undang-undang.
Teori Milankovitch
- Milutin Milankovitch (1879–1958) ialah sarjana sains berbangsa Serbia.
- Teorinya menghubungkan pusingan bumi mengelilingi matahari dengan perkembangan Zaman Air Batu.
- Apabila bumi menghampiri matahari, suhu bumi menjadi panas lalu mencairkan air batu.
Kepentingan pengetahuan
- Memahami perubahan bumi dan hidupan pada masa lalu.
- Memupuk sikap sayang akan alam sekitar dan memelihara bumi.
- Menjadi panduan menghadapi cabaran kehidupan pada masa hadapan.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice