WeAcademia

Kimia Industri

9.2 - Kaca dan Seramik

Kaca

  • Kaca diperbuat daripada silika.
  • Silika ialah sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir.
  • Silika tulen dileburkan sekitar 1500°C, menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca.
Jenis dan komposisiCiri-ciri
Kaca silika terlakur: silikaTahan terhadap haba; lengai terhadap bahan kimia
Kaca soda kapur: silika, kalsium karbonat, natrium karbonatTakat lebur rendah; mudah dibentuk
Kaca borosilikat: silika, boron oksida, natrium oksida, aluminium oksidaKetahanan sangat tinggi terhadap haba dan bahan kimia berbanding kaca soda kapur
Kaca plumbum: silika, plumbum(II) oksida, natrium oksidaTakat lebur rendah; indeks biasan tinggi

Seramik

  • Seramik terdiri daripada bahan bukan logam yang terbentuk hasil tindakan haba pada suhu tinggi.
  • Seramik diperbuat daripada tanah liat; komponen utama tanah liat ialah aluminium silikat.
  • Ciri-ciri seramik:
    • tahan haba dan tekanan tinggi;
    • sangat keras tetapi rapuh;
    • lengai terhadap bahan kimia dan tidak berkarat;
    • penebat haba dan elektrik yang baik.

Aplikasi Kaca dan Seramik

Kaca

  • Radas makmal seperti bikar dan kelalang kon menggunakan kaca borosilikat kerana sangat tahan terhadap haba dan bahan kimia.
  • Penutup kaca mentol biasanya menggunakan kaca soda kapur kerana tahan haba dan mudah dibentuk.
  • Prisma kaca menggunakan kaca plumbum kerana indeks biasannya yang tinggi membolehkan penyebaran cahaya dikaji.
  • Tingkap kaca yang lut sinar membenarkan cahaya masuk ke dalam rumah.

Seramik

  • Pinggan mangkuk: tahan haba dan tidak terkakis.
  • Gigi palsu: keras, kuat dan lengai terhadap bahan kimia.
  • Jubin lantai: berkilau, menjadikan lantai kelihatan bersih dan cantik.
  • Pasu bunga: keras dan kuat.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!