Persediaan Menjadi Usahawan
5.3 - Kelebihan Berniaga Sebagai Satu Peluang Kerjaya
Matlamat Peribadi
- Pendapatan. Perniagaan menjadi sumber rezeki untuk menyara diri dan keluarga.
- Masa kerja yang fleksibel. Usahawan boleh merancang jadual kerja mengikut keperluan perniagaan dan kehidupan harian.
- Pembentukan keperibadian. Cabaran yang tidak dijangka melatih usahawan membina keyakinan diri, ketabahan, keberanian mengambil risiko dan sikap optimistik. Sifat ini membantu usahawan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
- Kepuasan diri. Kejayaan perniagaan memberi kepuasan setelah usahawan menyumbangkan idea serta mencurahkan masa dan tenaga.
Objektif Perniagaan
- Mewujudkan peluang pekerjaan. Pekerjaan dalam bidang perkilangan, perdagangan, pembinaan dan khidmat jualan langsung membantu mengurangkan pengangguran dan meningkatkan pendapatan negara.
- Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang berkualiti menambah pilihan pengguna dan memenuhi cita rasa yang berbeza.
- Mengurangkan kebergantungan pada import. Pengeluaran barang gantian import membantu memperbaik imbangan dagangan negara.
- Membangunkan kawasan. Pelaburan usahawan dan penerokaan pelbagai sumber membantu memajukan kawasan serta mengembangkan ekonomi negara.
Keberuntungan Perniagaan
- Mendapatkan pekerja yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran.
- Meluaskan pasaran dan mengukuhkan imej perniagaan.
- Menggunakan peralatan dan teknologi terkini.
- Melaksanakan tanggungjawab sosial. Negara mendapat manfaat sosial apabila usahawan menyalurkan sebahagian pendapatan melalui bayaran cukai pendapatan serta sumbangan seperti derma dan zakat.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice