WeAcademia

Termokimia

3.3 - Aplikasi Tindak Balas Eksotermik dan Endotermik dalam Kehidupan Harian

Aplikasi dalam Kehidupan Harian

Jenis tindak balasAplikasi
EksotermikPembakaran bahan api untuk memasak; tindak balas termit untuk mengimpal landasan kereta api; Hot Can yang memanaskan makanan atau minuman tanpa pemanasan luar.
EndotermikPad gel untuk meredakan demam; tin minuman sejuk kendiri; serbat yang menyebabkan lidah berasa sejuk.

Pek panas menggunakan proses eksotermik; pek sejuk menggunakan proses endotermik.

Nilai Bahan Api

  • Bahan api ialah bahan yang terbakar dalam udara untuk menghasilkan tenaga haba.
  • Nilai bahan api ialah kuantiti tenaga haba yang terbebas apabila satu gram bahan api dibakar dengan lengkap dalam oksigen berlebihan.
  • Unitnya ialah .

Bagi oktana, , dan jisim molarnya ialah :

  • RON bermaksud Research Octane Number; bahan api kenderaan termasuk RON 95 dan RON 97. RON yang lebih tinggi menyebabkan bahan api lebih susah terbakar, manakala RON yang lebih rendah menyebabkan bahan api lebih mudah terbakar.

Perbandingan dan Pemilihan Bahan Api

Bahan apiNilai bahan api ()
Kayu20
Metana27
Arang30
Etanol30
Petrol34
Kerosin37
Gas asli50
Hidrogen143

Bahan api yang sesuai tidak dipilih berdasarkan nilai bahan api sahaja. Pertimbangkan:

  • nilai bahan api;
  • kos;
  • kebolehdapatan dan sumber; dan
  • kesan terhadap alam sekitar.

Oktana mempunyai nilai bahan api lebih tinggi daripada metana, tetapi menghasilkan lebih banyak jelaga apabila dibakar.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!