Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga
6.2 - Pembentukan Debunga dan Pundi Embrio
Pembentukan Debunga dalam Anter
Urutan Pembentukan
- Semasa perkembangan anter, sekelompok tisu tumbuh di dalam setiap lobul untuk membentuk empat pundi debunga.
- Setiap pundi debunga mengandungi beratus-ratus sel induk debunga atau sel induk mikrospora yang diploid ().
- Setiap sel induk mikrospora membahagi secara meiosis untuk menghasilkan empat sel mikrospora yang haploid (), disebut sebagai tetrad.
- Setiap sel dalam tetrad berkembang membentuk debunga.
- Nukleus dalam setiap debunga membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus, iaitu nukleus penjana dan nukleus tiub.
- Dinding pundi debunga yang tebal dan kalis air pecah apabila debunga matang lalu membebaskan debunga.
- Permukaan debunga yang kasar membantu debunga melekat pada stigma dan agen pendebungaan dengan mudah.
Pembentukan Pundi Embrio dalam Ovul
Struktur Ovul yang Matang
- Ovul berkembang daripada selapis tisu di dalam ovari; satu ovari mungkin mengandungi satu atau lebih ovul.
- Ovul melekat pada dinding ovari melalui funikel.
- Plasenta ialah tempat pelekatan funikel ke ovari dan membekalkan nutrien kepada ovul melalui funikel.
- Nuselus ialah sekelompok tisu parenkima di dalam ovari.
- Tisu nuselus berkembang membentuk dua lapisan integumen.
- Mikropil ialah bukaan kecil pada hujung integumen yang membenarkan udara dan air masuk ke dalam biji benih semasa percambahan.
- Salah satu sel nuselus menjadi sel induk megaspora atau sel induk pundi embrio yang diploid ().
Urutan Pembentukan
- Sel induk megaspora membahagi secara meiosis untuk menghasilkan empat sel megaspora yang haploid ().
- Tiga sel megaspora merosot; satu sel megaspora berkembang.
- Nukleus sel megaspora yang berkembang bermitosis tiga kali untuk menghasilkan satu sel dengan lapan nukleus.
- Lapan nukleus membentuk:
- Tiga sel antipodal pada satu hujung pundi embrio.
- Dua sel sinergid dan satu sel telur pada hujung yang bertentangan.
- Dua nukleus kutub di tengah pundi embrio.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice