Kelestarian Alam Sekitar
10.3 - Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar
Amalan Lestari
- Amalan lestari memastikan sumber semula jadi mencukupi untuk semua hidupan pada masa ini dan masa depan.
- Amalan mesti mengelakkan pencemaran, melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakkan pembangunan yang mengancam kesihatan manusia atau kualiti kehidupan.
- Pengangkutan mesra alam:
- Gunakan basikal, kenderaan berkuasa hibrid atau kenderaan elektrik.
- Amalkan perkongsian kereta.
- Gunakan bas, komuter, monorel, Transit Aliran Ringan (LRT), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KLIA Ekspres/KLIA Transit.
- Penjimatan penggunaan tenaga:
- Gunakan tenaga elektrik secara berhemat kerana sumber tenaga elektrik utama ialah pembakaran bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui seperti petrol dan diesel.
- Mengurangkan pembebasan bahan pencemar seperti karbon monoksida.
- Konsep 5R mengurangkan pembuangan bahan buangan: Rethink (Fikir semula), Repair (Baiki semula), Reuse (Guna semula), Reduce (Kurangkan), Recycle (Kitar semula).
- Penggunaan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui:
- Dijana daripada sumber semula jadi seperti matahari, angin, ombak, air, geoterma dan biojisim.
- Lebih bersih, mudah dan selamat.
- Pengurusan sisa domestik dan toksik:
- Jabatan Alam Sekitar menyelaras aktiviti pembuangan sisa, menetapkan had maksimum pengeluaran sisa dan mengawal pelesenan mengikut jenis, kandungan, jumlah serta kesan bahayanya.
- Upcycle bahan sisa menukarkan bahan lama kepada sesuatu yang baharu, cantik dan kreatif serta mengurangkan sisa ke tempat pelupusan sampah.
- Kawalan biologi: Mengawal populasi haiwan perosak menggunakan musuh semula jadinya dan mengurangkan penggunaan racun serangga; burung hantu mengawal tikus di ladang kelapa sawit.
- Penjimatan penggunaan air: Guna semula air terpakai atau air hujan untuk menyiram pokok dan mencuci kenderaan.
- Inisiatif kelestarian: Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) dan Agenda Tempatan 21 mengimbangi keperluan sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Sekuriti Makanan
- Sekuriti makanan: Jaminan ketersediaan makanan, jaminan capaian makanan dan jaminan penggunaan makanan yang selamat.
- Empat komponen:
- Ketersediaan makanan: Bekalan makanan berkualiti yang mencukupi daripada pasaran domestik atau import.
- Akses makanan: Makanan mudah diperoleh bagi memenuhi keperluan diet yang bernutrisi.
- Penggunaan makanan: Kemampuan memperoleh nutrien yang mencukupi melalui pemakanan, air bersih serta pemprosesan dan penyediaan makanan.
- Kestabilan makanan: Setiap individu mempunyai akses untuk mendapatkan makanan berkhasiat yang mencukupi pada setiap masa.
- Halal ialah elemen penting: makanan mesti dihasilkan dalam persekitaran bersih dengan kaedah yang menitikberatkan kebersihan dan ketertiban dari ladang hingga produk akhir.
- Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) turut menekankan proses penghasilan makanan yang berkualiti, bersih, sihat dan selamat.
- Langkah sekuriti makanan Malaysia termasuk Dasar Agromakanan Negara 2012 dan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara yang digubal selepas krisis makanan dunia 2008.
Answer practice questions to test your knowledge
Practice