WeAcademia

Pengangkutan dalam Manusia dan Haiwan

10.2 - Sistem Peredaran Manusia

Komponen dalam Sistem Peredaran Manusia

  1. Darah: Tisu penghubung yang terdiri daripada plasma darah, sel darah dan platlet; bertindak sebagai medium pengangkutan.
  2. Jantung: Pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh badan.
  3. Salur darah: Arteri, kapilari dan vena yang dihubungkan kepada jantung; mengangkut darah ke seluruh tisu badan.

Struktur Jantung Manusia dan Salur Darah Berkaitan

Ruang dan Dinding Jantung

  • Jantung terletak di antara peparu dalam rongga toraks.
  • Empat ruang: atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.
  • Atrium menerima darah yang kembali ke jantung; ventrikel mengepam darah keluar.
  • Dinding ventrikel lebih tebal dan mengecut lebih kuat daripada dinding atrium.
  • Dinding ventrikel kiri lebih tebal daripada ventrikel kanan kerana menjana tekanan lebih besar untuk mengepam darah melalui aorta ke seluruh badan; ventrikel kanan hanya mengepam darah ke peparu.
  • Septum memisahkan bahagian kiri dan kanan serta menghalang percampuran darah beroksigen dengan darah terdeoksigen.

Injap Jantung

  • Injap trikuspid: Antara atrium kanan dengan ventrikel kanan; tiga cuping; menghalang aliran balik ke atrium kanan.
  • Injap bikuspid: Antara atrium kiri dengan ventrikel kiri; dua cuping; menghalang aliran balik ke atrium kiri.
  • Injap sabit: Di pangkal aorta dan arteri pulmonari; menghalang aliran balik ke ventrikel ketika ventrikel mengendur.

Salur Darah Utama yang Berkaitan dengan Jantung

  • Aorta: Arteri utama; mengangkut darah beroksigen ke seluruh badan.
  • Vena kava: Vena utama; mengangkut darah terdeoksigen kembali ke jantung.
  • Arteri pulmonari: Mengangkut darah terdeoksigen dari jantung ke peparu.
  • Vena pulmonari: Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.
  • Arteri koronari: Mengangkut darah beroksigen ke tisu jantung.
  • Vena koronari: Mengangkut darah terdeoksigen dari tisu jantung.

Perbandingan Salur Darah: Arteri, Kapilari dan Vena

Rajah berlabel membandingkan struktur arteri, kapilari dan vena
Perbezaan antara arteri, kapilari dan vena

Perbezaan Struktur dan Fungsi

  • Arteri:
    • Mengangkut darah keluar dari jantung dengan cepat pada tekanan tinggi.
    • Dinding tebal, berotot dan kenyal; lumen kecil.
    • Tiada injap kecuali injap sabit di pangkal aorta dan arteri pulmonari.
    • Bercabang membentuk arteriol yang berakhir dalam jaringan kapilari.
  • Kapilari darah:
    • Dinding setebal satu sel, tidak berotot dan tidak kenyal; lumen sangat kecil.
    • Membenarkan gas, nutrien, bahan perkumuhan dan hormon meresap antara darah dengan sel.
    • Bercantum membentuk venul; darah mengalir dari arteri ke vena pada tekanan rendah.
  • Vena:
    • Mengangkut darah dari seluruh badan kembali ke jantung pada tekanan sangat rendah.
    • Dinding nipis, kurang berotot dan kurang kenyal; lumen besar.
    • Injap mengekalkan aliran darah sehala.

Komposisi Darah Manusia

Plasma Darah (55% daripada Isi Padu Darah)

  • Air (90% daripada plasma): Medium pengangkutan dan pelarut bagi gas respirasi, ion, hasil pencernaan dan bahan perkumuhan.
  • Fibrinogen: Pembekuan darah.
  • Albumin: Mengawal tekanan osmosis darah.
  • Globulin: Antibodi yang terlibat dalam pertahanan badan.
  • Bahan terlarut: Nutrien seperti glukosa, bahan perkumuhan seperti urea dan gas respirasi.
  • Hormon: Mengawal aktiviti fisiologi.
  • Enzim: Terlibat dalam proses metabolisme sel.

Komponen Sel (45% daripada Isi Padu Darah)

  • Eritrosit (sel darah merah):
    • Membran plasma kenyal; bentuk cakera dwicekung memberikan JLP/I besar untuk pertukaran gas yang cekap.
    • Tiada nukleus pada peringkat matang supaya lebih banyak hemoglobin dapat dimuatkan.
    • Dihasilkan dalam sumsum tulang seperti sternum dan tulang rusuk; hidup sehingga 120 hari; dimusnahkan dalam hati atau limpa melalui fagositosis.
    • Hemoglobin mengandungi atom ferum yang mengikat oksigen; membentuk oksihemoglobin pada tekanan separa oksigen tinggi dan membebaskan oksigen pada tekanan separa oksigen rendah.
  • Platlet:
    • Serpihan sitoplasma sel yang berasal daripada sumsum tulang; tempoh hayat kira-kira satu minggu.
    • Terlibat dalam pembekuan darah.
  • Leukosit (sel darah putih):
    • Bentuk tidak tetap; mempunyai nukleus; tiada hemoglobin; dihasilkan dalam sumsum tulang; tempoh hayat kurang daripada lima hari.
    • Meresap keluar melalui liang kapilari untuk melawan patogen dalam bendalir tisu.
    • Granulosit: neutrofil menelan bakteria dan sel mati melalui fagositosis; eosinofil membebaskan enzim yang melawan keradangan dan tindak balas alergi; basofil mengandungi heparin yang mencegah pembekuan darah.
    • Agranulosit: limfosit menghasilkan antibodi dan antitoksin; monosit menelan bakteria dan sel mati melalui fagositosis.

Answer practice questions to test your knowledge

Practice

Join our community on Whatsapp!